Monday, July 16, 2012

Cirit-birit

Cirit-birit

Bagaimana nak tahu sama ada bayi saya mendapat cirit-birit?
Apa yang menyebabkan cirit-birit?
Bolehkah ianya dicegah?
Bagaimanakah saya merawatnya?
Adakan bayi yang menyusu badan lebih terselamat dari cirit-birit?
Haruskah saya hentikan makanan pepejal?
Bilakah saya harus memanggil doktor?


Bagaimana nak tahu sama ada bayi saya mendapat cirit-birit?

Ramai ibubapa tertanya-tanya sama ada bayi mereka menghidapi cirit-birit sebab bagi bayi baru lahir pergerakan usus (pembuangan air besar) berlaku secara kerap. Pergerakan usus yang normal bagi bayi banyak bergantung kepada sama ada bayi anda diberikan susu badan atau formula. Najis bayi menyusu badan yang baru lahir adalah kekuningan, dan agak lembik atau cair dan boleh berlaku sekerap lima kali sehari. Kadang-kala, bayi yang menyusu badan akan menggerakkan ususnya semasa atau sebaik saja dia menghisap susu ibu. Ini berlaku sebab apabila perutnya diisi penuh, susu itu boleh merangsang keseluruhan saluran usus bayi, menyebabkan pergerakan usus. Dalam masa sebulan, kebanyakan bayi yang menyusu badan mengurangkan kekerapan pergerakan usus sampai satu atau dua kali sehari sahaja. Pergerakan usus bagi bayi yang mengambil susu formula ialah sekali sehari selalunya dan najisnya agak kental. Najis longgar yang berlaku dari semasa ke semasa adalah normal. Jika selepas bulan pertama bayi anda mula melepaskan najis yang busuk, cair dan berlendir (seorang doktor mengandaikannya seperti menghembuskan hingus ke dalam lampin bayi anda) -- pada kadar yang kerap sebanyak satu pergerakan usus setiap kali dia menyusu -- atau jika dia juga demam atau kelihatan seperti berat badannya menurun, ini mungkin cirit-birit, jadi berjumpalah pakar
pediatrik atau doktor keluarga anda.

Apa yang menyebabkan cirit-birit?

Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Hampir kesemua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pada suatu masa sebelum usia lima tahun. Rotavirus menyebabkan gastroenteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terus tanpa menyerap sebarang nutrien. Cirit-birit di kalangan bayi boleh disebabkan oleh susu formula tidak disediakan dengan sempurna, selesema, antibiotik, keracunan makanan, alergi, atau, yang jarang berlaku, kekurangan enzim tertentu.

Bolehkah ianya dicegah?

Kebersihan yang sempurna boleh membantu mengurangkan kemungkinan berlakunya cirit-birit sebab mikro-organisme yang menyebabkannya boleh berpindah dengan senang dari tangan ke mulut. Oleh itu, cucilah tangan anda sebersih-bersihnya selama 15 saat dengan sabun anti-bakteria jika anda memegang lampin kotor atau selepas ke tandas.

Bagaimanakah saya merawatnya?

Jika bayi anda mengambil susu badan atau formulanya dengan sempurna, teruskan amalan itu. Bagi bayi yang lebih tua, anda boleh memberinya beberapa hirup air atau air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) sebagai tambahan kepada susu badan atau susu formula kekuatan penuh. Kanak-kanak yang baru bertatih dan yang lebih tua boleh diberikan jus buahan yang betul-betul cair (sekurang-kurangnya satu bahagian jus untuk 10 bahagian air). Ais krim batang adalah sesuai jika anak anda tak mahu minum. Elakkan minuman glukosa, minuman bergas dan jus yang tidak dicairkan (gula yang tidak dapat menyerap dapat menarik air ke dalam usus dan menjadikan cirit-birit lebih teruk). Jangan berikan ubat anti-cirit-birit kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, sebab ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius.

Adakan bayi yang menyusu badan lebih terselamat dari cirit-birit?

Ya. Elemen tertentu dalam susu badan boleh mencegah pembiakan mikro-organisme yang menyebabkan cirit-birit.

Haruskah saya hentikan makanan pepejal?

Tidak. Selagi bayi anda tidak muntah-muntah dengan kerap, anda masih boleh memberikannya pepejal. Jika anak anda berusia enam bulan atau lebih tua, anda boleh memberinya makanan seperti pisang, nasi, puri epal dan roti bakar kering. Untuk bayi lebih tua atau bayi bertatih anda boleh mencuba sedikit daging ayam dan makanan berkanji seperti kentang lecek dan pasta. Tapi, jangan bimbang jika dia tak mahu makan. Adalah lebih penting bagi memastikan dia mahu minum untuk mengelakkan penyahhidratan.

Bilakah saya harus memanggil doktor?

Cirit-birit boleh membimbangkan jika ianya tidak berhenti selepas beberapa jam, tetapi selalunya ia boleh berhenti dengan sendiri. Jika anak anda mengalami najis yang longgar dan cair selama lebih dari dua hari, panggillah doktor anda. Kebimbangan yang utama berhubung cirit-birit ialah penyahhidratan, jadi janganlah bertangguh memanggil pakar pediatrik jika anak anda menunjukkan tanda-tanda kekurangan pengambilan cecair atau kehilangan cecair seperti yang berikut:
• kulit atau bibir kering;
• lemah lesu;
• menangis tanpa air mata;
• ubun-ubun yang menurun;
• tangan dan kaki pucat;
• air kencing kuning pekat atau pertukaran lampin kurang dari yang biasa. Anda seharusnya berbincang dengan doktor jika anak anda:
• tak mahu minum;
• demam lebih dari 24 jam;
• terdapat darah dalam najisnya;
• tercirit-birit bersama muntah-muntah lebih dari 24 jam;
• perutnya kembong buncit.

Ini semua adalah simptom sekunder yang jarang berlaku, tetapi harus diberi perhatian sebab boleh melarat.
Jika bayi anda kurang selesa semasa sakit cirit-birit, peluklah dia dan tenangkan hatinya seberapa boleh, dan pastikan badannya kering. Berikan perhatian dan berlembutlah apabila menukar lampin sebab memang senang untuk punggung bayi menjadi rengsa dan pedih akibat cirit-birit. Gunakan krim penghalang untuk mencegah iritasi jika cirit-birit berlarutan lebih dari sehari. Yakin dan bertenanglah, bayi anda akan sembuh dalam sedikit masa.

copy dari web baby center

Saturday, December 24, 2011

salam semua...ni lah gambaran stesen bas hentian putra....begitu ramai orang

Thursday, October 13, 2011

Contoh Kiraan Ratio

PENGIRAAN DIAMETER KESELURUHAN RODA (termasuk diameter rim dan ketebalan tayar)


saiz tayar = 155/70/12 { ukur lilit = 2 X PAI X J(diameter keseluruhan tayar / 2) }

70% X 155mm X 2 = 217mm (tebal tayar untuk 2 bahagian) + 12inci (diameter rim) , 12inci = 300mm

217mm + 300mm = 517mm / 2 = 258.5mm (Jejari keseluruhan roda)

2 X PAI X J = 2 X 22/7 X258.5mm = 1624.857mm = jarak untuk satu putaran tayar di atas permukaan jalan

p/s : dengan mengandaikan tayar yang diukur ini diperbuat drpd bahan yg tidak fleksibel - bukan getah



PENGIRAAN NISBAH PUTARAN RODA BERBANDING PUTARAN ENJIN


ratio gear 1 = 3.500, ratio final drive = 4.473

katakan RPM pada masa gear 1 = 7000 putaran/minit

jumlah ratio untuk gear 1 berbanding enjin = 3.500 X 4.473 = 15.6555

pada masa itu, pusingan tayar = 7000 / 15.6555 = 447.127 putaran seminit = 447.127 putaran X 60 sejam

pusingan tayar dalam masa sejam = 26827.62 putaran sejam


PENGIRAAN KELAJUAN KERETA

1624.875mm X 26827.62 putaran sejam = 43591529mm sejam

ini bermakna kereta bergerak 43.6km/h pada putaran enjin 7000RPM pada gear 1

Kiraan Gearbox Ratio

Rim&tayar : 215/45/17
RPM : 3000

FTO Gearbox

1gear : 23km/j
2gear : 42km/j
3gear : 59km/j
4gear : 79km/j
5gear : 99km/j

GSR Gearbox

1gear : 24km/j
2gear : 41km/j
3gear : 61km/j
4gear : 83km/j
5gear : 112km/j

GSR Finaldrive EVO

1gear : 22km/j
2gear : 37km/j
3gear : 55km/j
4gear : 75km/j
5gear : 102km/j

GSR Finaldrive & top gear EVO

1gear : 22km/j
2gear : 37km/j
3gear : 55km/j
4gear : 75km/j
5gear : 93km/j

CK/CJ Gearbox

1gear : 25km/j
2gear : 39km/j
3gear : 55km/j
4gear : 74km/j
5gear : 93km/j

semua result diatas mengunakan Rim 17 tebal tayar 45 siri

try la kiri2 dgn guna calculator di bawah tu...sama2 kita belajar What a Face

http://www.apexgarage.com/tech/gear_ratios.shtml

Thursday, August 18, 2011

Tayar

Tahukah anda mengenai detail tentang spec tayar anda..............
Contoh : Maksimum speed tayar anda mampu tampung, Maksimum load tayar anda mampu tampung dan lain2 lagi....................





kebanyakan tayar mempunyai kod dan marking di sebelah wall tayar.
Setiap kod melambang berapa maksimum load dan kelajuan yang boleh dibawa oleh tayar bekenaan.........

Contoh : 91V

91= Ini menunjukan berape maksimum load setiap tayar, kalau berdasarkan kod nie setiap tayar boleh menampung maksimum load sebanyak 615kg.

V= Simbol ini pula menunjukan maksimum kelajuan yang boleh ditampung oleh setiap tayar hanya 240km/j.



So kepada yang biasa bawa lebih dari 200km/j sila beri perhatian pada tayar anda jangan pakai tayar kod Q,R,S dan T.................
Utamakan keselamatan anda, keluarga dan juga kepada yang menumpang kete anda...........

Tarikh pembuatan dia ada tertera pada kod TIN (DOTXXXXXXX3005)......
Yang perlu diberi perhatian adalah 4 angka kat belakang tayar........

Contoh : DOTXXXXXXX3005
30 tu melambangkan minggu keberapa tayar nie dibuat
05 adalah tahun (2005)

Warranty daripada syrikat pengilang adalah dalam masa 5 tahun je lepas 5 tahun boleh dikonsider sebagai barang dah luput dan tak selamat........

sumber: www.mynismoclub.org.

sekadar berkongsi bbrpa info & maklumat tambahan ttg tayar....





ref: Tire_code